AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Segerombolan 18 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa seawal 7:30 pagi tadi melalui Pintu Maghareba.
Pasukan polis dan unit khas Zionis mengiring mereka sepanjang tempoh pencerobohan, di mana para jemaah masjid membantah pencabulan tersebut dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.
Pintu Magharebah yang merupakan salah satu laluan utama Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu ditutup sepanjang 12 hari terakhir Ramadan sehingga 1 Syawal lalu.
Sepanjang bulan Jun sahaja, seramai 1,357 orang pendatang Yahudi dan tentera Zionis telah menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa.
Seramai 67 ahli jemaah masjid dari berbagai negara cedera ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata ketika mereka beriktikaf di Musolla al-Qibli sepanjang Ramadan lalu.
Dalam pada itu, kumpulan pelampau Yahudi menyeru supaya diadakan pencerobohan besar-besaran pada hari Selasa bagi meratapi kematian pendatang Yahudi sepanjang kempen Intifadah al-Quds.