18 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 18 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 18 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan al-Quds Timur sepanjang malam tadi.

Seramai tujuh pemuda diculik dari kawasan al-Quds, lima dari perkampungan Kobar di Ramallah, dan enam yang lain dari Tulkarem.

Dokumentasi PBB menunjukkan bahawa tentera Zionis membuat 85 serbuan dan serangan ke kawasan penduduk Palestin dalam tempoh setiap dua minggu.

Sepanjang bulan Ogos lalu seramai 522 penduduk Palestin telah ditangkap, termasuk 130 kanak-kanak dan 16 wanita.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts