18 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 3 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik 18 penduduk Palestin dalam operasi di seluruh Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Tentera menyerang masuk perkampungan Kafr Qaddum di wilayah Qalqiliya di utara Tebing Barat dan menahan lima penduduk, Salah Mansour, 15, abangnya Subhi, 16, Amr Muhammad Taha, 16, Aref Marwan, 19, dan Aws Abd al-Raziq, 26.

Dalam kejadian di kejiranan Ras al-Ein di Kota Lama Nablus, dua orang penduduk ditangkap. Makala di wilayah Ramallah, dua orang ditahan dari perkampungan Beit Liqya dan empat dari perkampungan Abud. Seorang lagi ditangkap dari perkampungan Husan di selatan wilayah Beit Lahm.

Tentera Zionis turut memecah masuk beberapa buah rumah di wilayah al-Khalil, namun tiada tangkapan dibuat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts