18 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik

AL-QUDS, 20 Julai 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin dalam operasi menyerbu bandar-bandar di Tebing Barat dan al-Quds malam tadi.

Sekurang-kurangnya enam pemuda diculik dari bandar Issawiya di wilayah al-Quds, manakala dua lagi diculik dari bandar Abu Dis yang berdekatan. Seorang lagi pemuda diculik dari kem pelarian Shufat di al-Quds.

Manakala di selatan wilayah Jenin, tentera Zionis menyerbu bandar Qabatia dari melarikan seorang pemuda dari rumahnya ke lokasi yang tidak diketahui. Manakala dua lagi pemuda ditangkap di sebuah sekatan tentera di laluan masuk bandar Yamun di barat Jenin.

Dua yang lain diculik di utara wilayah al-Khalil, di mana tentera penjajah mendakwa menemui sebuah bengkel yang digunakan untuk membuat senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts