AL-QUDS, 3 Ogos 2018 — Polis Zionis menghalang 180 pekerja Jabatan Wakaf memasuki Masjid al-Aqsa untuk memberi laluan kepada 158 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.
Mereka turut mengetatkan kawalan masuk sejak awal pagi, menghalang para jemaah masuk untuk beribadah dan mengikuti pengajian al-Quran.
Pasukan keselamatan khas dikerahkan ke perkarangan masjid untuk mengiringi pendatang Yahudi yang berarak secara provokatif.