187 Kanak-Kanak Ditahan Di Penjara Ofer

RAMALLAH, 16 Nov 2015 (PIC) — Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa bilangan tahanan kanak-kanak di penjara Ofer kini mencecah seramai 187 orang.

Wakil tahanan di penjara Ofer, Abdulfattah Douleh, memberitahu peguam persatuan tersebut bahawa 151 orang kanak-kanak ditangkap sepanjang bulan lalu manakala 36 lagi ditangkap sejak awal bulan November.

Abdulfatteh juga melaporkan bahawa berlaku 58 kes penyeksaan kanak-kanak dalam tahanan, di mana mereka didera dan dipukul oleh tentera Zionis, dan empat daripada mereka sedang mengalami kecederaan ditembak dengan peluru hidup.

Kempen menangkap penduduk Palestin kebelakangan ini menyebabkan penjara Zionis menjadi sesak sekaligus mengeruhkan lagi keadaan para tahanan terutama mereka yang memerlukan rawatan kesihatan yang khusus.

Tahanan kanak-kanak Amir Shatat, 15 tahun, yang berasal dari bandar al-Ezariyah baru-baru ini mengesahkan beliau sakit teruk akibat dipukul dengan sengaja oleh pegawai penyiasat Zionis ketika dalam tahanan.

Persatuan Tahanan Palestin juga menyatakan bahawa seramai 400 orang kanak-kanak Palestin kini ditahan di empat penjara Zionis di Ofer, Megiddo, Hasharon dan Jafon.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts