19 pelajar Palestin dibunuh sejak awal Oktober

RAMALLAH, 22 Dis 2015 (PIC) — Tentera Zionis telah membunuh 19 pelajar Palestin dan mencederakan 462 orang yang lain sejak awal bulan Oktober lalu.

Laporan Kementerian Pelajaran Palestin yang diterbitkan semalam juga menyebut bahawa seramai 22 orang guru dan pekerja sekolah turut mengalami kecederaan diserang dengan gas pemedih mata dan peluru getah dalam beberapa serangan di Tebing Barat.

Sepanjang tempoh tersebut, sembilan orang guru dan 102 pelajar telah ditangkap. Tentera Zionis telah menyerang sebanyak 45 buah sekolah serta menghalang seramai 220 orang guru daripada pergi ke sekolah dengan selamat.

Laporan tersebut mendakwa rejim Ziomnis tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang serangan secara sistematik oleh tentera mereka ke atas pelajar, guru dan bangunan sekolah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts