19 penduduk Gaza termasuk 3 kanak-kanak dibunuh tentera Zionis dalam tempoh 3 bulan

GAZA, 11 Mac 2018 — Laporan Kementerian Kesihatan Palstin hari ini mencatatkan seramai 19 penduduk Gaza termasuk tiga kanak-kanak telah dibunuh oleh tentera Zionis dalam tempoh kurang tiga bulan sejak Disember 2017.

Dari bilangan tersebut, tujuh pembunuhan berlaku di kota Gaza, lima di wilayah utara Gaza, dua di Khan Younis, tiga di wilayah tengah, dan dua lagi di kota Rafah.

Sementara 1,083 orang cedera sepanjang tempoh tersebut, termasuk 283 orang kanak-kanak dan 18 wanita.

Tentera Zionis turut menyerang 15 buah ambulan, yang kebanyakannya membawa kerosakan teruk. Paramedik juga mengalami kecederaan diserang dengan gas pemedih mata, serta dihalang daripada memindahkan mangsa-mangsa untuk rawatan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts