19 penduduk Palestin diculik dari Baitulmaqdis dan Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 30 Mei 2018 — Sekurang-kurangnya 19 orang diculik dalam operasi tentera Zionis memburu penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Seramai 11 orang diculik dari bandar al-Isawiya di timur laut Baitulmaqdis, dan seorang lagi dari Jabal al-Zaytoun di timur Kota Lama Baitulmaqdis.

Di barat Ramallah, seorang penduduk diculik bersama anak lelakinya dari bandar Bel’in.

Manakala tiga orang pemuda diculik dari bandar Yatta di selatan wilayah al-Khalil. Tentera turut memecah masuk dan mengeledah 58 buah rumah penduduk.

Dalam kejadian di selatan Nablus, seorang penduduk Palestin diculik di sebuah sekatan tentera.

Sepanjang tempoh dari 24 April hingga 7 Mei, tentera Zionis telah menjalankan 127 operasi memburu dan menangkap 151 penduduk Palestin di Tebing Barat.

(PIC, Maan, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts