19 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 3 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan dan kanak-kanak, dalam kempen besar-besaran di beberapa wilayah Tebing Barat.

Di Ramallah, tiga orang pemuda diculik dari kem pelarian al-Am’ari selepas memecah masuk rumah dan menyerang ahli keluarga mereka. Mereka adalah Abd Islam Abed, 30, Othman Tahseen Zeid, dan Ahmad Nabih, 21.

Seorang lagi penduduk diculik dari bandar Jifna, utara Ramallah, dan tentera Zionis merampas sebuah kenderaan beliau.

Sementara di Tulkarem, puluhan buah rumah dipecah masuk sehingga mencetus pertempuran. Seramai empat penduduk diculik, iaitu Muhammad Suleiman Srouji, 31, Bakr Suleiman Kharyush, 30, Jamal Abdullah Ishteiwi, 51, dan Hani Muhammad Suwan, 23.

Seramai tujuh orang, termasuk enam bekas tahanan, diculik dalam operasi di Beit Lahm iaitu Daoud Salah, Muhammad Salah, Thaer Salah, Usama Salah, Ahmad Ghneim, Ahmad Zahran, dan Izzam Hamamra.

Pada masa yang sama, dua kanak-kanak Palestin Qasi Wassam al-Badawi, 14, dan Munjed Ahmad al-Badawi, 14, diculik dari kem pelarian al-Arroub di al-Khalil. Tentera Zionis juga memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah, dan mengarahkan seorang bekas tahanan supaya hadir ke pusat perisikan Zionis untuk diinterogasi.

Dua orang penduduk, Said Ali Qilawi dan Muhammad Bassam al-Arabi, diculik dari Jenin dan seorang lagi, Ahmad Zahran Salim, dari Qalqilya.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts