
RAMALLAH, 8 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan bekas tahanan, dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), enam orang diculik dari wilayah al-Khalil. Mereka adalah bekas tahanan Omar al-Qawasmi, Omar Abed al-Mahdi Shawar, Talal Khalil al-Najjar, Yazan Muhammad Qasem al-Raei, 19, Muhammad Marwan Jaradat, dan Bassam Hijazi Jaradat.
Manakala di Ramallah, lima orang diculik iaitu Muhammad Bassam al-Tamimi, 15, Muayed Hamza al-Tamimi, 20, Tareq Khadira, Abed al-Fattah Hamad, dan Ali Muhammad Abu Safiya, 16, yang memerlukan rawatan apabila mengalami kecederaan di kaki dan bahunya.
Di Jericho, tentera Zionis menculik Khader Jamal al-Hadad. Sementara di Qalqilya, dua lagi penduduk diculik iaitu Mourad Salah Noufal, 46, and Yazan Maan Salim, 23. Tiga yang lain diculik dari Jenin iaitu Muhammad Mustafa al-Qaniri, Ayham Fakhri Salit, dan Abed al-Azziz Bassam Abu Abid.
Dua lagi pemuda iaitu Riad Badir, 30, dan bekas tahanan, Basel Issam Aref, 19, diculik dari Tulkarem.
Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,450 penduduk Palestin kini dikurung dalam penjara Zionis.
(Maan, IMEMC)



