19 penduduk Tebing Barat dan Baitulmaqdis diculik

BAITULMAQDIS, 7 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di barat wilayah Salfit, enam penduduk diculik dari bandar Qarawat Bani Hassan, manakala seorang lagi diarah hadir ke sebuah pusat interogasi.

Tentera Zionis turut memecah masuk beberapa buah rumah di perkampungan Salem di timur Nablus, serta menahan sekumpulan pemuda Palestin di sebuah dataran di tengah perkampungan tersebut untuk diinterogasi selama beberapa jam.

Dua lagi pemuda Palestin diculik dalam serbuan di kem pelarian Jenin dan perkampungan Burqin.

Sementara itu seorang kanak-kanak berumur 15 tahun serta dua lagi lelaki Palestin diculik dari bandar al-Khader di selatan Beit Lahm, selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Di wilayah al-Khalil, tiga pemuda diculik dari kem pelarian al-Arroub dan bandar Halhul.

Manakala di Baitulmaqdis, dua penduduk Palestin diculik dari bandar Hizma.

Statistik terkini menunjukkan kira-kira 6,500 penduduk Palestin dikurung dalam penjara Zionis. Bilangan tersebut melibatkan 63 wanita termasuk enam kanak-kanak perempuan, 350 kanak-kanak, dan juga 11 orang ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC).

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts