19 penduduk Tebing Barat ditangkap

RAMALLAH, 22 April 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 19 penduduk Palestin di beberapa kota di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Menurut kenyataan tentera penjajah itu, seramai 15 daripada mangsa adalah ahli pergerakan Hamas. Seramai tiga orang ditangkap di Ramallah, manakala kanak-kanak Eaz Shamasnah, 15, ditangkap di Qalqilya. Seorang lagi pemuda, Naseem Atatee, ditangkap dari kem pelarian Aroub.

(Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts