19 tahanan Palestin menderita dianiaya di penjara Ramla

RAMALLAH, 18 Apr 2016 (PIC) — 19 tahanan Palestin dianiaya di klinik penjara Ramla, di mana empat orang tahanan yang sedang sakit ditahan secara tetap di situ dan lapan lagi tahanan yang kebanyakannya masih mengalami kecederaan di bawa masuk baru-baru ini.

Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestinn (PPS), tahanan Ahmad Taha ditahan di penjara Ramla bagi mendapatkan rawatan akibat cedera ditembak di bahagian peha beliau. Manakala tahanan Ahmad Othman juga mendapat layanan yang sangat buruk sungguhpun beliau masih mengalami kecederaan di bahagian dada, paru-paru dan kaki.

Seorang lagi tahanan, Mutassem Redad, mengalami masalah kesihatan secara mendadak sejak didapati mengidap jangkitan yang kronik di bahagian usus, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Tahanan Mansour Moukadeh, 47, kini sedang menjalani mogok lapar sejak tujuh hari lalu bagi membantah tindakan pihak klinik di penjara Ramla mengabaikan keperluan rawatan beliau. Mansour yang ditangkap pada tahun 2002 dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup mengalami kecederaan parah dalam satu cubaan membunuh beliau, sehingga beliau kini terpaksa bergantung kepada penggunaan kerusi roda apabila bahagian bawah badannya menjadi lumpuh. Beliau juga bergantung kepada organ perut dan usus palsu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts