195 kes baharu Covid-19 di Gaza

GAZA, 10 Sep 2020 — Gaza mencatat 195 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 1,551 termasuk 1,427 kes yang masih aktif.

Kenyataan Kementerian Kesihatan turut mengesahkan seramai 114 pesakit telah pulih.

Penduduk Gaza digesa terus mengambil langkah penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan.

(Days of Palestine)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts