196 Kanak-Kanak Palestin Di Tahan di Penjara Zionis

dciAL-QUDS, 5 Jun 2014 — Sejumlah 196 kanak-kanak Palestin dipenjara dan dijatuhkan hukuman melalui sistem mahkamah Zionis sehingga hujung bulan April lalu. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus daripada statistik bulan sebelumnya.

Pertubuhan hak asasi Defence of Children International-Palestine (DCI-Palestine) turut melaporkan bilangan kanak-kanak yang berumur di antara 14 dan 15 tahun adalah seramai 27 orang, meningkat sebanyak 13% sejak bulan Mac 2014. Walau bagaimanapun tidak ada kanak-kanak di bawah 14 tahun yang ditahan di bawah sistem mahkamah tentera Zionis.

Laporan DCI-Palestine menunjukkan sekitar 500-700 kanak-kanak ditahan dan didakwan melalui sistem mahkamah tentera Zionis setiap tahun, termasuk mereka yang berumur di bawah 12 tahun.

Mereka biasanya didakwa atas pertuduhan membaling batu. Sehingga kini, 100 kanak-kanak Palestin di tahan dalam penjara-penjara rejim Zionis, dengan jelas melanggar Artikel 76 Konvensyen Geneva Keempat.

—-

Sumber : Defence of Children International Palestine, Ramallah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts