2 Ahli Kongres Amerika ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 Feb 2018 — Pasukan polis Zionis bersama gerombolan pendatang Yahudi mengiringi dua orang Ahli Kongres Amerika menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Ahli Kongress Scott Tipton yang merupakan wakil Colorado dan David McKinly dari Viginia Barat mencemari tapak suci umat Islam itu pada sesi pencerobohan waktu pagi yang sering dilakukan oleh pentdang Yahudi. Mereka turut diiringi oleh Rabai Chaim Richman, seorang pemimpin pertubuhan pelampau Temple Institute.

Scott Tipton (kiri) dan David B. McKinley (kanan)

Kedua-dua wakil Amerika itu turut membuat hasutan dengan mematahkan ranting pokok zaitun di perkarangan masjid.

Tindakan tersebut dilihat sebagai langkah berterusan Zionis untuk mengubah status Masjid al-Aqsa, susulan pengisytiharan kota Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram mereka.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts