AL-QUDS, 29 Ogos 2017 — Ahli Parlimen pelampau Zionis dari parti Likud, Yehuda Glick, bersama 25 fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sebelum seorang lagi Ahli Parlimen dari parti HaBayit HaYehudi, Shuli Moalem-Refaeli, bersama 21 pengikutnya menyusul kemudian.
Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sambil mendengar penerangan tentang kuil Yahudi di sepanjang perjalanan.
Pada masa yang sama pasukan polis Zionis mengekang kehadiran para jemaah dan murabithun al-Aqsa.
23 Ogos lalu, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu membenarkan ahli-ahli parlimen Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, setelah dihalang sejak bulan Julai 2015. Pencerobohan hari ini adalah satu percubaan untuk menilai tahap keselamatan, di mana lebih banyak pencerobohan akan dibuat oleh ahli-ahli parlimen.