2 bayi maut dalam kebakaran selepas tentera Zionis halang bomba

AL-KHALIL, 7 Mac 2019 — Dua bayi Palestin meninggal dunia dan seorang abang mereka cedera parah dalam kebakaran rumah di kejiranan al-Salaymeh di Kota Lama al-Khalil, selepas tentera penjajah Zionis menghalang pasukan bomba dan ambulan Bulan Sabit Merah Palestin di dua buah sekatan jalan, malam tadi.

Wa’el Rajabi, 4, bersama adik perempuannya, Malak, 18 bulan, disahkan meninggal dunia akibat kebakaran tersebut, di mana salah seorang maut dalam kejadian sementara seorang lagi selepas dibawa ke Hospital al-Khalil.

Seorang lagi abang mereka cedera melecur parah dan dirawat dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi.

Rumah mereka terletak dalam kawasan yang dikawal penuh oleh tentera Zionis dan terpisah dari kawasan-kawasan lain di kota al-Khalil dengan sekatan-sekatan tentera.

Pasukan bomba berjaya mengawai api dan menghalang kebakaran merebak ke rumah-rumah berdekatan, setelah Pejabat Koordinasi Daerah Palestin menghubungi pihak berkuasa Zionis. Pasukan bomba dan ambulan hanya dibenarkan bergerak ke lokasi lebih 20 minit kemudian.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts