AL-KHALIL, 14 Nov 2016 (PIC) — Dua beradik Yamen, 8, dan Mohamed, 6, tidak dapat melawat bapa mereka Wael al-Arja yang dikurung dalam penjara Rimon semalam apabila tentera yang berkawal di sekatan al-Dhahriya di selatan al-Khalil tidak membenarkan mereka melintas.
Kanak-kanak tersebut tidak dapat berhubung dengan bapa mereka sejak lima bulan lalu kerana pihak penjara Zionis mengharamkan sebarang lawatan.
Wael merengkok dalam penjara sejak tujuh tahun lalu bagi atas hukuman penjara seumur hidup kerana tuduhan membaling batu ke arah sebuah kenderaan tentera Zionis berdekatan bandar Halhul di utara wilayah al-Khalil.