2 beradik ditangkap selepas cedera ditembak

JENIN, 6 Sep 2020 — Tentera penjajah Zionis menangkap dua beradik selepas menembak mangsa di rumah mereka di kem Pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Gerombolan besar tentera Zionis bersama pasukan tentera rahsi menyerbu kem, kemudian menggempur rumah keluarga al-Jad’oun sambil melepaskan tembakan.

Ahmed dan Mohamed al-Jad’oun cedera parah terkena beberapa das tembakan di bagaian leher dan badan, kemudian dilarikan dari lokasi dengan menaiki ambulan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts