2 beranak terbunuh, 3 cedera dalam letupan di Gaza

GAZA, 15 Julai 2018 — Seorang penduduk Gaza terbunuh bersama anaknya dan tiga yang lain tercedera parah dalam satu letupan di Kota Gaza pagi tadi.

Mangsa disahkan sebagai Ahmad Mansour Hassan, 35, dan anak lelakinya Louay, 13.

Punca letupan tersebut masih tidak diketahui. Ia berlaku hanya beberapa jam selepas pengumuman gencatan senjata susulan serangan tentera Zionis ke atas kawasan taman permainan Kutaibah di Kota Gaza, yang telah membunuh dua orang kanak-kanak.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts