2 cedera ketika tentera Zionis meroboh bangunan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 1 Mei 2018 — Dua orang penduduk Palestin termasuk seorang jurnalis cedera ditembak dalam satu pertempuran ketika tentera Zionis meroboh sebuah bangunan di bandar Issawiya, timur laut Baitulmaqdis, pagi tadi.

Pertempuran tercetus apabila pasukan tentera menyerbu Issawiya dan mengepung kawasan sebuah bangunan tiga tingkat, sebelum secara ganas memaksa semua penduduk keluar dan memindahkan perabot untuk meroboh bangunan tersebut.

Bangunan milik keluarga Jamal Ata ‘Oleyyan itu dikatakan tidak mendapat permit pembinaan. Ia mengadungi dua buah flat yang didiami oleh 15 ahli keluarga Abu ‘Oleyyan, dan juga sebuah kedai. Mereka tinggal di bangunan tersebut sejak lebih 10 tahun lalu, dan tidak pernah menerima notis perobohanan bangunan.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyurai penduduk yang membantah.

Dalam pada itu, sebuah lagi bangunan penduduk Palestin diroboh atas alasan yang sama.

(IMEMC, PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts