2 kanak-kanak al-Quds disoal siasat selama 6 jam, dituduh baling batu

AL-QUDS, 22 Mei 2016 (Silwanic) — Pihak berkuasa Zionis membebaskan dua kanak-kanak al-Quds setelah menahan dan menyoal siasat mereka selama enam setengah jam atas tuduhan membaling batu ke arah pendatang Yahudi di perkampungan al-Tur di al-Quds Timur.

Muhammad Samih Ulayan, 10, and Mustafa Abu al-Hawa, 12, ditangkap ketika sedang berjalan di al-Tur, sebelum dibawa ke sebuah kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan dan kemudiannya ke sebuah balai polis Zionis untuk disoal siasat.

Mereka disoal tanpa kehadiran ahli keluarga.

Mustafa kemudiannya dikenakan tahanan dalam rumah selama lima hari dan denda sebanyak 500 shekel (RM534) sebagai syarat pembebasan.

Julai lalu, rejim Zionis meluluskan undang-undang baharu bagi menjatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun kepada penduduk Palestin yang dibuktikan bersalah membaling batu, atau merancang untuk melakukannya. Undang-undang tersebut juga membenarkan seseorang dipenjara selama sehingga 10 tahun sekiranya dituduh bersalah walaupun tanpa bukti.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts