2 kanak-kanak ditangkap ketika pulang dari sekolah

BEIT LAHM, 24 Mei 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak Palestin diserang dan ditangkap oleh tentera Zionis di kem pelarian Aida pagi tadi.

Tentera Zionis menyerbu kem tersebut sekitar jam 9:30 pagi ketika para pelajar sekolah UNRWA pulang ke rumah setelah menamatkan peperiksaan akhir mereka. Tentera dilaporkan keluar dari jip mereka, memukul dua pelajar dan mengheret mereka ke dalam jip tersebut, kemudian melarikan mangsa ke pengkalan tentera berdekatan.

Selepas menangkap dua pelajar tersebut, tentera memaksa sekumpulan pelajar berbaris di sebuah dinding sambil mengacu senjata ke arah muka mereka, memaki hamun kononnya mereka menyembunyikan seseorang yang telah membaling bom buatan sendiri di kem tentera Zionis pada jam 8:30 pagi. Sedangkan ketika itu para pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Selepas kejaidan, tentera kemudian menyerbu masuk sebuah pusat aktiviti pemuda di laluan masuk kem, merampas komputer dan kamera keselamatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts