2 kanak-kanak Palestin dihukum penjara 2 tahun

AL-QUDS, 4 Jan 2017 (MEMO) — Mahkamah Zionis di al-Quds menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun ke atas Shadi Anwar Farah dan Ahmad Raed Zatari, kedua-duanya berumur 13 tahun, atas tuduhan membawa pisau dan cuba membunuh.

Mereka ditahan sejak 12 Disember 2015, dan tempoh tahanan sejak tarikh tersebut tidak termasuk dalam hukum tersebut. Selepas ditangkap, mereka di soal siasat tanpa kehadiran ahli keluarga mahupun peguam.

Setiap kanak-kanak tersebut juga dikenakan ikat jamin sebnyak 5,000 shekel (RM5,700).

Sehingga Oktober lalu, seramai 400 kanak-kanak Palestin dikurung dalam pusat-pusat tahanan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts