2 kanak-kanak Palestin dihukum penjara 2 tahun

AL-QUDS, 9 Nov 2016 (Silwanic) — Kanak-kanak Palestin Shadi Anwar Farah dan Ahmad Ra’ed Za’tari, kedua-duanya berumur 13 tahun, dikenakan hukuman penjara dalam tahanan juvana Yarka selama dua tahun atas tuduhan “membawa pisau dan cuba membunuh.”

Hukuman tersebut akan bermula pada 29 November, bermakna tempoh tahanan mereka di pusat tahanan juvana Tamra sejak akhir tahun lalu tidak diambil kira sebagai hukuman.

Mereka ditangkap di sebuah perhentian bas di al-Quds pada bulan Disember lalu, apabila sekumpulan pendatang Yahudi memanggil polis Zionis supaya menyiasat kedua-dua mereka hanya atas prasangka kerana mereka berbangsa Palestin. Mereka ditangkap dan diinterogasi secara kesat tanpa kehadiran peguam, sehingga Shadi terpaksa membuat pengakuan cuba menikam seorang askar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts