2 kanak-kanak Palestin ditangkap

AL-KHALIL, 22 Okt 2017 — Tentera Zionis hari ini menangkap seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan masing-masing dari kota al-Quds dan al-Khalil.

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun ditangkap di sekatan Abu al-Rish berdekatan Masjid Ibrahimi atas tuduhan merancang untuk menikam tentera Zionis. Beliau diperiksa dan kemudian dilarikan ke sebuah pusat interogasi, walaupun pihak tentera tidak menjumpai sebarang pisau atau senjata lain.

Sementara kanak-kanak lelaki Mohammed Hijazi ditangkap oleh pasukan perisikan dari kejiranan al-Sa’diya di Kota Lama al-Quds sebelum dibawa ke sebuah pusat interogasi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts