Ringkasan

2 kes baharu positif Covid-19 di Gaza

GAZA, 20 Julai 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza semalam mengumumkan dua kes baharu positif Covid-19 di wilayah yang terkepung itu.

Kenyataan kementerian menyebut dua kes melibatkan penduduk Gaza yang baru pulang melalui pintu lintasan Beit Hanoun di utara Gaza. Mereka kini dirawat di pusat kuarantin di selatan Gaza.

Perkembangan ini meningkatkan kes aktif di Gaza kepada lima orang. Seara keseluruhan, seramai 68 orang telah pulih sementara seorang pesakit meninggal dunia.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts