GAZA, 4 Apr 2018 — Dua pemuda Palestin cedera ditembak dan puluhan yang lain mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Great March of Return (GMR) di sempadan Gaza hari ini.
Dua pemuda terbabit ditembak dengan peluru hidup di kejiranan Zeitoun, sebelum dikejarkan ke hospital.
Puluhan pemuda Palestin menyertai perhimpunan pada hari ke-6 GMR itu, bagi menuntut hak bangsa Palestin kembali ke tanah air mereka. Perhimpunan akan berterusan sehingga 15 Mei, iaitu hari ulangtahun peristiwa Nakba.
(IMEMC, PIC)