2 lagi penduduk Gaza ditembak mati

GAZA, 16 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menembak dan membunuh dua lagi penduduk Palestin di Gaza, hanya sehari selepas mereka membunuh lebih 60 orang termasuk seorang bayi.

Mangsa terkini adalah Ahmad Gharab, 51, dari kem pelarian Nuseirat dan Bilal al-Ashram, 18.

Pada hari yang sama, seramai 417 lagi penduduk Gaza cedera.

Lebih 116 penduduk Gaza telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak bermula kempen Great March of Return pada 30 Mac lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts