GAZA, 17 Jan 2017 (PIC) — Tentera laut Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot nelayan Palestin dan mencederakan dua orang nelayan di perairan al-Sudaniya tengahari tadi.
Nelayan Umran Baker dan Khaldoun Abu Riyaleh dilaporkan cedera terkena tembakan peluru getah.
Serangan ke atas nelayan Gaza, yang berlaku hampir setiap hari, merupakan satu pencabulan ke atas persefahaman damai selepas serangan pada tahun 2014.