2 paramedik Palestin cedera diserang tentera Zionis

NABLUS, 17 Sep 2018 — Seramai lapan penduduk Palestin, termasuk dua orang petugas paramedik, cedera apabila diserang oleh tentera Zionis ketika ratusan pendatang Yahudi menyerbu kawasan sebuah makam bersejarah di timur kota Nablus awal pagi tadi.

Paramedik Jarir Qanadilo dan Ameer al-Bezra cedera terkena serpihan kaca apabila tentera Zionis menembak ambulan yang mereka naiki, sehingga cermin hadapan kenderaan tersebut pecah.

Sementara enam penduduk cedera ditembak dengan peluru getah dan gas pemedih mata, dan dikejarkan ke Hospital Rafidya di Nablus. Beberapa orang lagi penduduk cedera sesak nafas dan dirawat di tenpat kejadian.

Gerombolan besar tentera Zionis mengiringi pendatang Yahudi memasuki kota Nablus secara menghasut, dengan mengherdik penduduk dan melaungkan slogan perkauman. Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penduduk yang membantah pencerobohan.

(PIC, IMEMC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts