2 pemuda Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 7 Julai 2017 (Maan) — Dua pemuda Gaza cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam satu pertempuran berdekatan sempadan di bandar Jabalia, utara Gaza.

Salah seorang mangsa cedera parah terkena tembakan gas pemedih mata di bahagian kepala, manakala seorang lagi ditembak dengan peluru hidup di bahagian kaki. Mereka dikejarkan ke Hospital Kamal Adwan di kota Gaza.

Dalam kejadian tersebut, tentera Zionis turut menembak sebuah ambulan dengan peluru hidup.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts