GAZA, 29 Julai 2018 — Dua pemuda Palestin meninggal dunia dalam serangan bom jet perang tentera Zionis berdekatan di timur Jabaliya, utara Gaza, awal pagi tadi.
Dua mangsa terbabit dikenali sebagai Ayman Nafeth Rabea’ Najjar, 24, dan Mohannad Majed Jamal Hammouda, 24, yang berasal dari Beit Lahia, di utara Gaza. Mereka dibawa ke Hospital Indonesia di utara Gaza, di mana mereka disahkan meninggal dunia.
(IMEMC, Maan)