2 pemuda Palestin cedera ditembak, 25 sesak nafas dalam pertempuran di Nablus

NABLUS, 1 Nov 2017 — Dua pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru getah manakala lebih 25 yang lain sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata dalam satu pertempuran di kawasan sebuah makam berdekatan kem pelarian Balata, timur kota Nablus awal pagi tadi.

Pertempuran tercetus apabila ratusan pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan makam tersebut untuk melakukan ritual.

Tentera Zionis membenarkan pendatang Yahudi memasuki kawasan tersebut walaupun ia terletak dalam Zon A, iaitu wilayah Tebing Barat yang dikawal sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA). Mereka melarang penduduk Palestin memasuki kawasan itu.

Kaum Yahudi percaya makam tersebut sebagai tempat bersemadi Nabi Yusuf. Bagaimanapun menurut penduduk Palestin, ia adalah makam Sheikh Yousif Dweikat, seorang tokoh agama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts