2 pemuda Palestin cedera ditembak di utara Gaza

GAZA, 1 Mei 2018 — Dua orang pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan aman Great Return March (GRM) di dua kawasan berlainan di sempadan utara Gaza pagi tadi.

Seorang mangsa ditembak di Jabaliya, utara Gaza. Seorang lagi mangsa ditembak berdekatan Beit Lahiya, sebelum dikejarkan ke Hospital Indonesia.

Seramai 49 penduduk Palestin telah meninggal dunia sejak GRM dilancarkan pada 30 Mac lalu. Tentera Zionis masih menahan sembilan jenazah mangsa, termasuk seorang kanak-kanak.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts