2 pemuda Palestin didenda dan diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Sep 2018 — Polis penjajah Zionis hari ini mengharamkan pemuda Palestin, Fadi al-Metawwar dan Basel al-Khatib, memasuki kawasan kota Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa selama 15 hari dan mendenda mereka sebanyak 3,000 Shekel atas tuduhan mengganggu tugas polis.

Fadi diinterogasi oleh polis Zionis di pusat tahanan al-Qashla di Baitulmaqdis Barat selama enam jam bermula jam 9:00 pagi. Beliau dituduh “menghalang sistem”, mengganggu anggota polis menjalankan tugas di Masjid al-Aqsa, dan merancang “sabotaj” di atas tapak suci itu.

Semalam, polis Zionis mengharamkan lapan pekerja Jabatan Wakaf daripada memasuki Masjid al-Aqsa serta menahan beberapa yang lain atas tuduhan mengganggu tugas anggota polis.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts