2 pemuda Palestin ditangkap kerana buka pagar Bab ar-Rahmah

BAITULMAQDIS, 2 Apr 2019 — Polis penjajah Zionis menangkap dua pemuda Palestin selepas mereka membuka pagar Bab ar-Rahmah di timur perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Ketika kejadian, pasukan polis bergegas ke pagar Bab ar-Rahmah dan memeriksa kad pengenalan dua pemuda terbabit, iaitu Bashar Najeeb dan Tawfiq Najeeb, sebelum menangkap mereka.

Polis Zionis menangkap mana-mana penduduk, pegawai atau pekerja Jabatan Wakaf Palestin yang mereka cuba membuka pagar masuk ke dewan solat di Bab ar-Rahma.

Seramai 45 pegawai dan pekerja Jabatan Wakaf telah ditangkap, dan sebahagian besar daripada mereka dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman larangan memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang tempoh tertentu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts