2 pemuda Palestin ditembak, 3 ditangkap di Deir Abu Mashaal

RAMALLAH, 18 Jun 2017 (Maan) — Dua pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera penjajah Zionis sementara tiga yang lain termasuk seorang wanita ditangkap dalam serbuan di perkampungan Deir Abu Mashaal, barat laut Ramallah.

Perkampungan tersebut masih dikepung setelah tiga penduduknya ditembak mati ketika melakukan serangan yang membunuh seorang polis wanita Zionis di Baitul Maqdis Jumaat lalu.

Pertempuran tercetus apabila tentera menyerbu Deir Abu Mashaal tiga hari berturut-turut. Dua pemuda dan seorang wanita ditangkap.

Wanita yang ditangkap dikenali sebagai Inaya Atta, 42, iaitu isteri kepada tahanan Saleh Atta yang sedang menjalani hukuman penjara selama 21 tahun. Tentera memecah masuk rumah dan merampas barang kemas sebelum menangkap beliau.

Kedua-dua mangsa tembakan dikejarkan ke Kompleks Rawatan Palestin di Ramallah.

Selepas serangan Jumaat lalu, tentera Zionis menyerbu dan mengepung Deir Abu Mashaal untuk meroboh rumah keluarga tiga pemuda terbabit – Adel Hassan Ahmad Ankoush, 18, Baraa Ibrahim Salih Taha, 18, dan Usama Ahmad Dahdouh, 19. Semua permit untuk keluarga dan saudara mereka dibatalkan, termasuk permit kerja.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts