2 pemuda Palestin ditembak di Zaatara

NABLUS, 23 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak dua pemuda Palestin di sekatan Zaatara di selatan kota Nablus hari ini, atas tuduhan cuba menikam askar.

Kedua-dua mangsa ditembak dari jarak jauh, dalam keadaan tidak langsung menggugat atau merbahaya kepada pasukan tentera Zionis.

Susulan kejadian, tentera Zionis menutup sekatan dan menghalang laluan kenderaan awam serta ambulan yang cuba mendekati mangsa. Pihak tentera hanya membenarkan pasukan ambulan Zionis membawa mangsa-mangsa ke hospital.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts