2 pemuda Palestin ditembak mati di Huwwara

NABLUS, 27 Dis 2015 (Maan) — Dua pemuda Palestin ditembak meninggal dunia setelah tercedera parah ditembak oleh tentera Zionis selepas mereka dikatakan menikam seorang askar di perkampungan Huwwara di selatan Nablus.

Muhammad Rafiq Hussien Sabana, 17 tahun, dan Noor al-Deen Muhammad Abdul-Qadir Sabana, 23 tahun, dikatakan menikam dan mencederakan askar terbabit di bahagian muka. Manakala seorang askar Zionis yang lain cedera terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera ketika menembak dua pemuda terbabit.

Kedua-dua mangsa dibiarkan berdarah kesakitan, di mana pihak tentera menghalang pasukan perubatan memberi bantuan.

Kawasan Huwwara, terutama sekali berdekatan sekatan tentera bersebelahan perkampungan Palestin itu, kebelakangan ini menyaksikan pertempuran sengit di antara tentera pengganas Zionis dan penduduk Palestin.

Terdahulu hari ini Maher al-Jabi, 58 tahun, ditembak mati di sekatan tentera Huwara selepas beliau dituduh melanggar sekumpulan tentera, mencederakan salah seorang daripada mereka. Minggu lalu, remaja Palestin berumur 15 tahun ditembak mati di perkampungan Beit Furik setelah dituduh cuba menikan tentera di sekatan tersebut.

Beberapa minggu sebelumnya dua orang lagi penduduk Palestin, kedua-duanya berumur 16 tahun, ditembak mati oleh seorang pemimpin pendatang Yahudi di sekatan tentera tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts