2 pemuda Palestin terbunuh, 3 cedera diserang tentera Zionis

JENIN, 12 Julai 2017 (Maan) — Dua pemuda Palestin terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila tentera Zionis menyerang kota Jenin dan kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat awal pagi tadi.

Sekumpulan besar tentera Zionis menyerbu kota Jenin, kem pelarian Jenin serta bandar Burqin dan Qabatiya, memecah masuk serta menggeledah rumah dan menculik empat penduduk. Mereka melapaskan tembakan ke arah kumpulan pemuda yang cuba menghalang, sekaligus membunuh dua orang.

Mangsa dikenali sebagai Saad Nasser Hassan Abd al-Fattah Salah, 20, dari timur Jenin, dan Aws Muhammad Youssif Salameh, 17, dari kem Jenin. Saad meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditembak di bahagian dada dan kepala, manakala Aws meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Khalil Suleiman.

Sementara itu sekumpulan lain tentera Zionis menyerbu bandar Burqin dan Qabatiya, kemudian menangkap empat penduduk termasuk peguam Abdullah Khalaf.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts