2 penduduk Baitulmaqdis, termasuk bekas tahanan wanita, diculik

BAITULMAQDIS, 3 Sep 2018 — Polis Zionis malam tadi menyerbu masuk kem pelarian Shufat dan bandar Issawiya di wilayah Baitulmaqdis, kemudian menculik seorang pemuda dan seorang bekas tahanan wanita Palestin.

Bekas tahanan Sondos Samir Obaid, 18, ditahan kerika sedang berjalan di laluan utama bandar Issawiya. Beliau telah ditangkap dua tahun lalu dan dikurung dalam penjara Zionis selama lebih lapan bulan.

Manakala seorang pemuda ditangkap dalam satu pertempuran ketika polis Zionis menyerbu masuk kem Shufat.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts