AL-KHALIL, 8 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menahan dua penduduk Palestin dan enam aktivis solidariti antarabangsa dalam satu perhimpunan aman membantah tindakan rejim merampas tanah di kejiranan al-Hamra di wilayah al-Khalil semalam.
Dua penduduk Palestin tersebut adalah jurnalis dan jurukamera TV, Eyad Abed al-Hafith al-Hashlamon, dan Timbalan Koordinator Human Rights Defenders, Badi al-Dweik.
Rejim Zionis merampas tanah milik keluarga Adeis seluas dua hektar bagi meluaskan kawasan penempatan haram Bani Hefer.
(Maan)