2 penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

NABLUS, 4 Nov 2020 — Segerombolan pendatang Yahudi petang tadi menyerang penduduk Palestin yang menaiki kenderaan melalui laluan berdekatan bandar Siat ad-Dhahr di selatan Jenin, menyebabkan dua orang tercedera.

Mereka berkumpul dan membaling batu ke arah kenderaan di jalan yang menghubungkan kota Jenin dan Nablus itu. Dua pemandu, Mustafa Ghawadreh, 62, dan Fathi Abu Ali, 65, cedera parah dalam serangan tersebut, yang juga menyebabkan kenderaan mereka rosak teruk. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Syuhada Khali Suleiman di Jenin.

(MEMO, Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts