2 penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 2 Julai 2018 — Dua penduduk Palestin cedera diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi di Jalan al-Shuhada di Kota Lama al-Khalil malam tadi.

Hamza al-Bayed, 23, cedera patah kaki sementara Mufid al-Sharbati, 60, jatuh pengsan selepas dipukul teruk. Mereka dikejarkan ke sebuah hospital oleh petugas Bulan Sabit Merah Palestin.

Suasana di Kota Lama al-Khalil menjadi tegang sejak beberapa hari lalu apabila pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin di kejiranan Tal Rumeida untuk memaksa mereka keluar dari kawasan Kota Lama.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts