2 pesawat TUDM ke Mesir bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.

“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan. Beliau berkata ketika pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts