2 remaja Palestin cedera ditembak di al-Khalil

AL-KHALIL, 2 Julai 2016 (Maan) — Dua pemuda Palestin cederal ditembak dan beberapa yang lain mengalami sesak nafas dalam pertempuran dengan tentera Zionis di kawasan Hanina di perkampungan Dura, al-Khalil, petang semalam.

Dua remaja yang ditembak dengan peluru hidup itu, masing-masing di bahu dan di bahagian perut, dikejarkan ke Hospital al-Khalil oleh krew Bulan Sabit Merah Palestin. Manakala mereka yang sesak nafas diberi rawatan di tempat kejadian.

Pertempuran tercetus di seluruh al-Khalil untuk hari kedua, sejak tentera penjajah mengenakan sekatan ke atas kota yang paling padat di Tebing Barat itu sejak Jumaat lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts