2 saintis Palestin meninggal dunia di Aljeria

GAZA, 22 Julai 2018 — Dua orang saintis Palestin ditemui meninggal dunia di dalam sebuah apartmen di Aljeria, dipercayai akibat dibunuh dengan kaedah sedutan gas atau litar pintas elektrik.

Suliman al-Farra, 34, dan Mohammed Albana, 35, berasal dari Khan Younis di Gaza.

Beberapa laporan menyebut mereka dibunuh dua hari lalu, dan hanya diketahui malam tadi apabila jiran-jiran mengesan bau gas di apartmen tersebut.

Pihak berkuasa Aljeria bagaimanapun telah membawa jenazah-jenazah mangsa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts